Operasi gempur 'mat motor'

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Car Car Headlines News

Car Car Latest News,Car Car Headlines

melaka SEJUMLAH 757 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri terhadap penunggang motosikal dalam Operasi Khas Motosikal, di tiga Plaza Tol utama di Melaka, kelmarin.

Operasi itu dijalankan di laluan keluar dan masuk motosikal di Plaza Tol Ayer Keroh, Simpang Ampat dan Lipat Kajang antara jam 4 petang hingga 9 malam.

Ketua JSPT negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kesemua saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dilakukan penunggang motosikal. "Daripada jumlah itu, saman tertinggi direkodkan di Plaza Tol Ayer Keroh dengan 477 dan diikuti Plaza Tol Simpang Ampat serta Plaza Tol Lipat Kajang . "Tiga kesalahan tertinggi direkodkan dalam operasi lima jam itu adalah nombor pendaftaran tidak ikut peraturan dan fancy dengan 160 saman; tiada lesen memandu dan ubah suai ekzos ," katanya."Sebanyak 42 motosikal turut disita atas kesalahan tiada lesen memandu dan melakukan ubah suai motosikal tanpa mengikut spesifikasi dibenarkan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemeriksaan dan tindakan lanjut," katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in CAR

Car Car Latest News, Car Car Headlines