Subaru WRX Wagon 2023 di Malaysia - RM285k, 2.4L Turbo 275 PS, CVT, EyeSight, lebih murah dari sedan! - paultan.org

  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 38 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Car Car Headlines News

Car Car Latest News,Car Car Headlines

Subaru WRX Wagon 2023 di Malaysia – RM285k, 2.4L Turbo 275 PS, CVT, EyeSight, lebih murah dari sedan!

Seperti yang disebutkan tadi, kedua-dua versi sedan dan wagon ini berkongsi unit rangkaian kuasa yang sama iaitu enjin boxer empat-silinder FA24F 2.4 liter turbo berkuasa 275 PS pada takat 5,600 rpm dan tork maksima 375 Nm bermula 2,000 hingga 5,200 rpm.

Dengan badan wagon, ia semestinya menawarkan praktikaliti yang lebih baik. Bersama dengan ruang storan bawah lantai, kapasiti kargo WRX Wagon ini adalah berjumlah 561 liter berbanding hanya 354 liter pada sedan. Malah tempat duduk belakang model wagon ini turut boleh dilipat rata tanpa halangan bagi memberikan ruang yang lebih besar.

Ia juga menerima sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 11.6-inci yang diposisikan menegak bersama sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, serta mod pemanduan yang boleh dipilih. Kesemua kelengkapan yang diberi pada WRX Wagon ini adalah seiras dengan perincian yang ada pada WRX sedan CVT EyeSight, tetapi dengan kelebihan ia turut menerima tempat duduk penumpang hadapan larasan elektrik lapan-hala.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 22. in CAR

Car Car Latest News, Car Car Headlines